Monday, February 2, 2015

Persiapan Beg Bersalin ke Hospital : Pengalaman Sendiri

Alhamdulilah..diberi kesempatan untuk taipkan entry ni..persiapan beg bersalin ke hospital..walaupun penulis baru nak bergelar ibu anak 2..harapnya sedikit perkongsian/info ini dapat membantu ibu-ibu muda tentang kelengkapan yang patut/wajib dibawa masa ke hospital..

alhamdulilah..usia kandungan penulis sekarang ni 38weeks..memang tak sabar tapi tetap rasa takut,berdebar..walaupun penulis dah pernah ada pengalaman bersalin sebelum ni...normal la kan..=.=..sebenarnya persiapan kelengkapan beg bersalin ke hospital dibuat semasa minggu ke 36..kebiasaannya, nurse akan ingatkan kita..

in case, bersalin awal...kelengkapan beg ke hospital yang paling mustahak..

mama Safrina, 38w
Jom kita tengok senarai kelengkapan beg bersalin berdasarkan pengalaman penulis sendiri...kelengkapan beg bersalin ke hospital saya bahagikan kepada dua bahagian..untuk baby newborn dan untuk mama nya..

susun sesiap, termasuk beg ke labour room..


# Kelengkapan 1 : Beg ke labour room..asingkan sesiap..
  • Kain batik
  • pampers 1
  • tuala
  • kain lampin
  • sepasang mitten dan booties



# Kelengkapan 2 : Keperluan baby newborn

  •  Pampers newborn 8-9 unit
  • 2 pasang baju newborn : 1 pasang pun dah cukup sebenarnya : incase baby tiada masalah dan tak perlu stay lama-lama kat hospital
  • tisu basah


  •  2 pasang mitten dan booties
  •  blanket untuk baby 1 dah cukup dan 1 kain lampin
  •  Bantal karipap -1
  •  feveret ever minyak bayini..Mestika..sangat sesuai untuk baby


# Kelengkapan 3 : Keperluan ibu 
  • 2 Pasang baju
  • 2 helai kain batik
  • 1 pasang stoking
  • plastik 2,3 :untuk letak uri dll
  • disposal maternity panties letak sesiap pad/tuala wanita 2,3 helai 
  • tudung 





brand pad/ tuala wanita yang biasa saya pakai :

tak pun guna kotex yang overnight pun boleh..sebab tuala ni panjang.


  • Charger telefon jangan lupa bawak ya - mustahak jugak ni
  • nursing bra untuk breast feeding, dll yang difikirkan perlu
dah siap buat checklist semua?

jangan bawa banyak sangat barang..nanti beg kecil akan jadi besar..ehee..ambil yang penting je k..diharap perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu diluar sana yang dah nak sampai due untuk membuat persediaan kelengkapan selengkap yang mungkin.

mudah2-han kita dipermudahkan urusan bersalin nanti..aminn..

p/s : doakan penulis juga yaa..tq

5 comments:

Time Traveller said...

Terima kasih sudi berkongsi.. huhuhhh gabra sket nak standby first new born baby.. hehehe.. :D

nik anna said...

dear @time Traveller .. no wonder la gabra tu..even sy nak bersalin anak ke 2 pun still takut dear..dun worry..bila tgk baby comel nanti..sume hilang gabra, cuak ..gud luck dear..

Anonymous said...

terima kasih kongsi info ni... saya pun masih DLM proses menyediakan brg2 baby Dan yg nak bawa ke hospital nnti... first baby ... nervous juga... :-)

sara said...

Tq untuk perkongsian ini, boleh jadikan panduan nanti..:)

nik anna said...

Sara~ sama-sama dear..alhamdulilah..moga dipermudahkan..aminn