Monday, July 7, 2014

Ibu hamil dan berpuasa serta masih menyusui anak by Dr Zubaidi

Entry ini yang saya janjikan untuk kongsikan dengan anda..saya mengandung kali ke 2 ini ketika Safrina baru berumur 10 bulan..

Alhamdulilah..ALLAH berikan kami rezeki secepat ini...
saya pula risau adakah kehamilan kali ini boleh menghentikan penyusuan secara ekslusif kepada Safrina...anak sulung saya..

ternyata bila saya terbaca artikel mengenai masalah ini di blog seorang Doktor..melegakan hati saya..semoga niat mama nak bagi penyusuan sepenuhnya sehingga umur anak-anak mama 2 tahun pada Safrina dan adik bakal lahir nanti dapat dimakbulkan..amin..

itulah doa mama setiap hari..

saya kongsikan di sini, bagi mereka yang masih menyusui badan dan pada masa yang sama hamil semula...sumber

Risiko yang Doktor tidak menggalakkan penyusuan jika kehamilan itu mempunyai masalah seperti :
  • mengalami sakit perut yang terlalu kuat atau terdapat pendarahan dari vigina
  • pernah mengalami kelahiran anak pra matang
  • pernah mengalami keguguran ketika hamil


 Ini kerana wanita ini mempunyai rahim yang sangat sensitif terhadap hormone oxytocin dibimbingi penyusuan akan menyebabkan banyak hormon itu dikeluarkan dan merangsag rahim untuk mengecut..

ada wanita yang mengadu pengeluaran susu semakin berkurang apabila kehamilan mamasuki usia 5-6 bulan..oleh kerana kuantiti susu semakin sedikit dan rasa susu kolustrum agak berlainan..secara automatic anak yang menyusui ini telah mengurangkan penyusuan mereka..alternatifnya si ibu harus peka kepada pemakanan mereka dan  digantikan dengan makanan lembut yang khasiat.




NASIHAT PEMAKANAN UNTUK IBU HAMIL DAN MENYUSU