Showing posts with label tips ibu hamil. Show all posts
Showing posts with label tips ibu hamil. Show all posts

Wednesday, November 4, 2015

7 Tips Pengawalan Kencing Manis di Kalangan Ibu Hamil

Percaya tak, dalam 100 orang wanita mengandung, 18 orang akan mengalami kencing manis semasa hamil atau dikenali sebagai diabetes gestasi.

Jika ibu salah seorang daripadanya, jangan risau dan panik. Ada ramai lagi yang seangkatan dengan ibu. Perkara ini memang biasa berlaku.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu boleh dapat kencing manis semasa mengandung. Antaranya:
  • BMI 30 atau lebih
  • Sejarah kandungan lalu yang ada diabetes
  • Pernah melahirkan bayi yang besar, 4kg atau lebih
  • Sejarah keluarga
Nanti jururawat akan minta kita berpuasa untuk lakukan ujian toleransi glukosa iaitu minum air gula.




Mula-mula darah akan di ambil contohnya jam 8 pagi. Kemudian kita di beri minum segelas air gula.

Dua jam kemudian, sekali lagi darah akan di ambil. Lepas dua jam ni, barulah ibu boleh sarapan apa yang ibu nak makan.

Prosesnya mudah je. Tapi ramai ibu berasa takut dan fobia nak minum air gula yang manis melantun-lantun tu.

Bila di beritahu ada diabetes...

Selalunya jururawat akan menghubungi kita jika ujian gula tersebut menunjukkan kita memang ada kencing manis.

Maka bersedialah untuk ujian BSP untuk mengawal bacaan gula darah ibu. Ibu perlu datang ke klinik sebanyak 4 kali dalam satu hari sama ada seminggu sekali atau dua minggu sekali.

Jika ibu berjaya mengawal bacaan gula dalam darah pada keempat-empat sesi BSP itu, ibu mungkin diminta datang dalam masa dua minggu lagi. Jika tidak, memang tiap-tiap minggulah kena berulang ke klinik.

Jadi, sebagai orang yang pernah ada pengalaman mengalami kencing manis semasa mengandung, saya nak kongsi beberapa tips dan cara yang ibu boleh buat untuk mengawal bacaan gula dalam darah.

Penat woo nak ulang alik ke klinik 4 kali sehari setiap minggu. Boleh stress jadinya sebab kita pun banyak kerja lain lagi nak buat kan.


Tips #1. Kurangkan makan karbohidrat tinggi

Ada dua jenis karbohidrat; iaitu karbohidrat kompleks dan karbohidrat ringkas.

Karbohidrat kompleks contohnya seperti yang terdapat dalam gandum, nasi, roti, mi, dan pasta.

Karbohidrat ringkas contohnya semua makanan manis yang mengandungi gula dan madu termasuk gula dalam buah-buahan.

Lebihkan makan sumber daripada karbohidrat kompleks, yang berserat tinggi dan rendah lemak tepu. Ibu boleh makan yogurt bersama campuran buah-buahan dan juga susu.

Tips #2. Makan makanan berindeks glisemik rendah

Indeks glisemik rendah bermaksud makanan tersebut apabila dimakan, ia akan melepaskan glukosanya secara perlahan-lahan dalam badan, bukan secara mendadak.

Antara makanan berindeks glisemik rendah ialah:
  • pasta dengan tepung gandum durum
  • buah seperti epal, oren, pear, pic
  • kekacang dan lentil
  • jagung
  • bubur
Makan makanan rendah indeks glisemik dapat bantu mengawal aras gula dalam darah. Tapi tak bermaksud ibu tak boleh makan makanan berindeks glisemik tinggi. Ibu masih boleh makan kentang, nasi, roti tetapi dalam kuantiti yang rendah saja.
Tips #3. Makan dalam waktu yang tetap
Setiap hari ibu mesti makan dalam waktu yang sama, contohnya kalau sarapan pukul 8 pagi, setiap hari mesti pukul 8 pagi. Ini supaya badan kita tak 'pening' dengan turun naik glukosa dan insulin pun di lepaskan secara tetap setiap hari.
Tips #4. Jangan skip hidangan
Mesti ambil sarapan, makan tengah hari, makan malam juga jangan lupakan hidangan antara waktu makan (between meal).
Between meal tu bolehlah makan snek yang berkhasiat seperti buah dan kekacang.
Ini untuk mengekalkan aras gula dalam darah yang seimbang.
Tips #5. Kurangkan lemak
Terutama lemak tepu. Lemak yang bagus ialah lemak poli tak tepu contohnya daripada minyak bunga matahari dan minyak zaitun. Kukus dan gril makanan lebih baik berbanding menggoreng.
Tips #6. Kosongkan perut 2-3 jam sebelum melakukan ujian BSP
Sebenarnya kita mampu kawal nafsu makan kita. Doktor pun warning, kalau kencing manis tinggi, awak kena cucuk insulin sendiri. Elok lepas doktor warning macam tu, boleh pun kita (saya la) jaga makan dan kawal gula. Sebelum buat ujian tu janganlah makan makanan berpotensi menaikkan aras gula dalam darah sekurang-kurangnya 2 jam.
Minum banyak air kosong, atau jika lapar boleh bancuh ESP (ESP indeks glisemik rendah).
Ujian BSP: sedikit darah di ambil untuk menguji tahap glukosa darah
Tips #7. Jangan minum minuman manis 
Contohnya air berkarbonat, teh ais, nescafe ais, milo dan sebagainya. Air gas tu memang penyumbang tertinggi gula.
Kencing manis kalau tak di kawal

Sebenarnya agak bahaya juga kepada ibu dan bayi kalau kita tak kawal kencing manis semasa mengandung. Kalau gula terlalu tinggi, nanti boleh menyebabkan:

1. Bayi membesar secara berlebihan dalam rahim

2. Ibu di minta bersalin awal daripada tarikh jangkaan

3. Risiko melahirkan bayi pra-matang

4. Risiko pembedahan caesaerean akibat bayi besar atau gagal induce

5. Risiko bayi tersangkut bahu semasa kelahiran

6. Risiko kerosakan saraf bayi

7. Risiko kematian bayi dalam rahim secara mengejut

8. Bayi akan menghasilkan lebihan hormon insulin, dan lahir dengan kadar gula yang sangat rendah

9. Bayi berisiko dapat kencing manis dan kegemukan bila dewasa

Jadi ibu-ibu, cubalah usaha kawal kencing manis tu. Jangan makan sebarangan. Kita tak nak dapat risiko macam di atas kan?  Nauzubillahi min zaalik.

Saya doakan ibu sihat sepanjang mengandung dan bebas dari sebarang masalah kesihatan hingga saat melahirkan nanti.

love to sharing..

Nik Anna Othman
SID : 1092200
Whatsapp : 013-5265534  

 ********************************************
Feel free to like & share
 kebaikan untuk dikongsi bersama





Wednesday, October 14, 2015

Ibu Hamil Mengidam atau mengada-ngada?..oouchh

Alhamdulilah..pengalaman mengandung dua kali yang diberikan kesempatan pada mama..tahap mengidam nya ada tapi tidak lah serius mana..setakat nak makan mempelam apple yang manis2 masam, tomata hiris dengan mayonis tu je kut..

mama pun lupa..tapi yang pasti..tak layan sangat tahap mengidam nya..buat biasa2 aje..pernah tak kita dengar cerita tahap mengidam ibu hamil ada yang pelik-pelik kan..minta jauh la daripada yang kadang2 tu tak masuk akal pun ada..nak makan atap rumah, tanah liat, cacing dan lain-lain...

 Persoalannya NORMAL tak ibu hamil mengidam??jom kita baca sampai habis entry ni yer..



Punca mengidam

Kajian menunjukkan sebanyak 90% wanita mengandung akan mengidam makanan tertentu terutamanya pada trimester pertama. Punca sebenar tidaklah diketahui namun ramai percaya sebenarnya ia adalah petanda atau 'signal' tubuh kita kekurangan dan memerlukan sesuatu.

Contohnya, peningkatan isipadu darah akan menyebabkan kenaikan aras sodium. Dengan itu badan beri signal kita lapar jeruk.

Sebenarnya bukanlah tubuh inginkan makanan tersebut (contohnya airkrim), tetapi tubuh memerlukan sesuatu di dalam aiskrim itu manakala otak pula menterjemahnya sebagai aiskrim.Nasib la sekarang ni kalau ada si isteri mengidam nak makan ice crem tengah malam..kedai runcit 24jam ada..

Kenapa berlaku perubahan terhadap selera makan?

Ini adalah disebabkan perubahan hormon semasa mengandung yang mana akan turut mencelarukan sensasi deria rasa dan bau. Lapar, kurang rehat, tekanan dan emosi yang tidak menentu sering diterjemahkan kepada mengidam.



Berdosakah mengidam?

Tidak ada salahnya dan tidak membahayakan jika ibu tidak meminta makanan pelik-pelik seperti teringin nak makan arang, sabun, kayu, kaca dan sebagainya. Sindrom mengidam makanan pelik ini di namakan pica dan jika ia berlaku kepada ibu, cepat-cepat dapatkan rawatan doktor.

Bagi kebanyakan wanita, mengidam boleh jatuh dalam beberapa kategori makanan; manis, pedas, masin, atau juga masam.

Kajian turut mendapati hanya 10% sahaja wanita yang mengidam makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.




Pentingnya nutrisi berkhasiat

Tabiat mengidam tidak seharusnya menyebabkan tubuh kekurangan nutrisi penting untuk bayi dalam kandungan. Walaupun ibu mengidam, ibu harus malah wajib mengambil makanan berkhasiat untuk perkembangan bayi yang sihat.

Ini kerana, ada ibu mengandung yang hanya mengamalkan makanan yang disukainya sahaja tetapi mengabaikan pemakanan berkhasiat seperti vitamin pre-natal.

Ibu mengandung yang asyik mengidam makanan manis di khuatiri lebih mudah mendapat kenaikan berat badan mendadak dan juga di serang diabetes gestasi.

Manakala ibu mengandung yang asyik mengidam makanan masin pula dikhuatiri mendapat masalah tekanan darah tinggi.

Apapun, berpada-padalah jika ibu mengidam. Ambil dalam kuantiti sedikit, dan pandailah pilih makanan alternatif yang lebih menyihatkan.

Jadi, para suami tidak perlu khuatir sekiranya tidak dapat memenuhi permintaan mengidam isteri yang sedang mengandung. Ini kerana apa yang diidamkan isteri tidak ada hubungan dengan janin yang dikandung. Misalnya jika mengidam makan makanan yang manis tentu sahaja ia tidak elok dijadikan amalan kerana meningkatkan risiko obesiti ketika hamil.

Bagaimanapun tidak salah suami memenuhi keinginan ibu hamil yang mengidam makan sesuatu asalkan sahaja makanan tersebut tidak memudaratkan bakal ibu dan bayi dalam kandungan dan jangan dimakan berlebihan.

Hakikatnya mengidam itu hanyalah mitos dan bakal ibu boleh mengalihkan perasaan tersebut dengan perkara lain seperti menyibukkan diri dengan melakukan hobi memasak atau menonton televisyen dan sebagainya.


love to sharing..

Nik Anna Othman
SID : 1092200
Whatsapp : 013-5265534  

 ********************************************
Feel free to like & share
 kebaikan untuk dikongsi bersama





 

 


Sunday, August 30, 2015

8 Tips Kurangkan Alahan/Morning sickness Ibu Hamil..sian mama kan..

Cerita Pengalaman saya hamil untuk kedua2 anak..alhamdulilah tidak diuji morning sicknes atau pun alahan..semasa hamil anak yang pertama, bagai terasa seperti tidak hamil feelingnya..sebab sedikit alahan pun tidak saya terima..bertuah kan saya..ehee..=.=..anak kedua pun sama, cuma setiap pagi tu time mengosok gigi..saya ada sedikit mual...tapi tak teruk pun.


anak pertama perempuan..yang kedua lelaki..walaupun kedua2 nya tiada alahan semasa mama mengandung..ternyata andaian jantina anak lelaki atau perempuan sukar juga dibuat..contohnya jika si ibu mengandung anak perempuan, si ibu akan mengalami alahan yang teruk..tapi tidak bagi saya...

kekadang terfikir juga..dan nak juga juga merasa alahan ibu hamil tu cmne..addehh..mintak lak ye..ahaa..nauzubillah...mungkin perkahwinan jarak jauh kami, berjauhan dari suami..ALLAH mudahkan jalan, urusan saya semasa saya hamil..alhamdulilah...Allahuakhbar!..masih ada yang sayang...








seteruk mama alahan, mama yakin..si ibu cukup kuat untuk menghadapinya..dari hamil sehingga bersalin ibu lah insan yang paling kuat, tabah..TAHNIAH IBU.. Rupanya lebih 70% wanita yang mengandung memang akan mengalami alahan morning sickness ni. Ada yang teruk sangat sampai kena duduk wad hingga bersalin.

Kalau ibu sedang mengalami alahan , cuba amalkan petua di bawah. Mudah je rupanya..dah tahu, boleh amalkan..mudah-mudahan membantu.


Tips #1. Lemon




Boleh campurkan jus lemon dengan jus pudina dan sedikit air rebusan halia, amalkan tiga kali sehari. Nak minum jus lemon saja pun boleh. Lemon atau limau memang terbukti dapatkan kurangkan rasa loya. Kalau tak mampu nak minum, ambil sebiji lemon, dan ciumlah baunya yang harum tu...

 

Tips #2. Halia

   Halia mengandungi komponen semulajadi yang dikenali sebagai gingerols dan shogaols yang dapat melegakan loya dan muntah.

Caranya, ambil air rebusan halia yang masih suam, campur dengan sedikit madu dan minum setiap pagi. Atau boleh juga campurkan sedikit hirisan halia dalam air panas, dan minum bila suam.

Tips #3. Daun kari

 

Selalu digunakan dalam perubatan Ayurvedik untuk kurangkan loya dan muntah. Selain di ambil jusnya dan campurkan dengan madu, sebenarnya daun kari boleh di makan begitu saja.

Saya pun baru tau pucuk kari sedap di buat ulam. Sebagai seorang peminat ulam-ulaman, bagi saya memang sedap dan mudah sangatlah kalau macam ni. hihi

Tips #4. Daun pudina





 

Komponen anestetik yang wujud dalam daun pudina menjadikannya penenang usus yang sangat baik.

Letakkan beberapa helai daun pudina dalam air panas, tunggu suam dan minum. Boleh campurkan dengan sedikit gula ataupun madu.

Selain itu ibu boleh letakkan minyak pati daun pudina pada pakaian dan hidu baunya. Makan gula-gula perisa pudina pun ok juga tapi tak boleh selalu nanti kencing manis pula.

Tips #5. Keju



 

Masa mengandung kena makan sumber protein yang cukup untuk stabilkan aras glukosa darah. Ada kajian menunjukkan kalau kita makan cukup protein sejak sebelum mengandung lagi, ia boleh kurangkan loya dan muntah terutama bila kita craving sesuatu yang manis.

So ibu bolehlah makan keju kalau tak mampu nak telan makanan lain. Makan kek cheese meleleh ke atau sandwich bersama kepingan keju pun ok. Nak lagi sedap buat resepi roti lapis daging letak cheese.

Tips #6. Makan biskut

Contohnya biskut cream cracker cap pingpong ke atau biskut mayat. Makan je bila-bila mula dari bangun tidur sampai malam kalau terasa perut kosong dan lapar.

Tips #7. Potato chips


Mesti ibu senyum dapat makan potato chips. Tiada salahnya makan potato chips tapi ibu mesti buat sendiri. Yang buat sendiri lebih berkhasiat sebab tiada pewarna, perasa, MSG, dan tambahan kimia yang lain.

Tips #8. Minum cukup air kosong


Ibu kena pastikan badan selalu terhidrat sebab kekurangan air boleh sebabkan morning sickness.

Kalau tak dapat minum 8 gelas sehari ( 1 jam segelas), ibu boleh juga ambil melalui buah-buahan, jus sayur ataupun sup.

Jadi, ibu ada mengalami morning sickness yang teruk, boleh la amalkan semua petua di atas dengan konsisten setiap hari. Tapi kalau tidak berkurangan, malah makin teruk hingga berlaku dehidrasi dan penurunan berat badan, segeralah dapatkan rawatan sebab nanti akan beri kesan pada bayi.

Ibu, kalau nak cuba Peppermint Ginger ni boleh juga.


Ia mengandungi 4 herba yang amat membantu dalam masalah berkaitan penghadaman dan perut iaitu pudina, halia, cekur dan jintan manis...Rujuk sini jugak ye..LINK

Semoga ibu dan kandungan sihat-sihat sahaja ye..


Hubungi mama untuk dapatkan vitamin semulajadi :

Nik Anna Othman
SID : 1092200
013-5265534  

 ********************************************
Feel free to like & share
 kebaikan untuk dikongsi bersama

 
 

Friday, August 7, 2015

6 Tips Elakkan Air Ketuban Bocor Dan Kurangkan Risiko Bersalin Awal


Saya harap ibu dah baca entry sebelum ni tahu tentang bahayanya jika air ketuban bocor terlalu awal. Sebolehnya kita nak kandungan kita baik-baik saja sehingga tempoh bersalin kan. Takut sangat kalau ada apa-apa yang tidak diingini berlaku.

Setiap kali mengandung ada-ada sahaja perkara yang dirisaukan...ALLAH..takut rasanya untuk rasa kehilangan.. Memang sepanjang mengandung tu berdoa je janganlah benda merepek-repek jadi kat saya..kat sini, suami perlu mainkan peranan, jangan biarkan isteri anda fikir yang bukan-bukan..keep calm and enjoy the pregnancy!

Tapi tulah, kadang kita dah jaga, tapi Allah punya kuasa, apa yang kita tak nak berlaku, tu yang jadi. Semuanya tak lain tak bukan untuk Allah uji kita. Kita pula sebagai hamba kenalah redha, ambil pengajaran dan iktibar.

Macam kes air ketuban bocor ni, sesetengah orang mungkin anggap perkara ni normal, tak de apa nak di risaukan. Sesetengah ibu yang lain pula, mungkin ada pengalaman sedih kehamilan yang lalu. Jadi ibu dah tentu perlu berjaga-jaga untuk elak perkara sama berulang lagi.





Saya setuju menyatkan jika si ibu ini yang ada sejarah air ketuban bocor sebelum masanya di kehamilan lalu, mempunyai risiko lebih tinggi untuk ia berlaku lagi. Namun begitu, ibu tak perlulah terlalu stress..=.=

InsyaAllah saya akan kongsikan beberapa tips untuk menguatkan kantung amnion, mencegahnya daripada bocor serta sekaligus dapat mengelakkan daripada terbersalin awal daripada masa yang sepatutnya.

Apabila ada kebocoran pada kantung amnion yang terlalu awal, maka saat ini tinggi jugalah kemungkinan pembedahan ceasarean akan di lakukan. Sebab itu kita perlu ada kantung yang kuat yang mampu bertahan sehingga saatnya betul-betul hendak melahirkan.

Sebab kantung yang kuat dan sihat ini akan memberi kesan 'kusyen' kepada bayi untuk keluar melalui pelvis ke faraj.

Sebenarnya kantung amnion ni terdiri daripada dua lapisan iaitu amnion dan chorion. Nampak je lembut tapi ia sebenarnya sangat sukar untuk ditembusi. Jadi, untuk membina kantung amnion yang sihat dan kuat, adalah penting ibu buat pilihan yang bijak sejak dari awal iaitu sebelum hamil lagi.

Di bawah ini ialah senarai tips dan cadangan yang boleh ibu amalkan untuk melahirkan bayi yang sihat dan membina kantung amnion yang kuat.

Tips #1. Nutrisi asas

Tidak dapat dinafikan lagi pengambilan nutrisi berkhasiat sejak dari awal sangat penting untuk pelbagai sebab sepanjang kehamilan. Antaranya:

  • pertumbuhan dan perkembangan bayi yang normal dan sihat
  • pertumbuhan dan sokongan uri (placenta)
  • perkembangan membran atau kantung amnion yang sihat sebagai 'tempat tinggal' bayi
  • penggantian bendalir amnion yang cepat dan berulang kali
  • menapis bahan buangan bayi
  • menapis sisa daripada ibu
  • mengekalkan kesihatan ibu
  • meningkatkan bekalan darah kepada ibu sehingga 50-60%
  • menyokong perubahan metabolisme, fizikal dan fisiologikal semasa hamil








Oleh itu ibu mesti dapat bekalan kesemua zat penting seperti protein, karbohidrat, vitamin, lemak, garam dan mineral untuk tugas-tugas yang sangat penting ini.
Antara nutrisi yang mesti di amalkan ialah sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak, vitamin asas seperti zat besi, vitamin C dan vitamin B complex, zink untuk mencegah sebarang jangkitan kuman, dan vitamin E* untuk mengelakkan jangkitan dan menguatkan kantung amnion.
Kurma antara makanan yang mesti diamalkan oleh ibu hamil. Kajian menunjukkan ibu hamil yang mengamalkan kurma setiap hari terutama pada trimester akhir, dapat mengurangkan risiko pecah ketuban terlalu awal serta mengurangkan 'peralatan' bersalin seperti suntikan epidural.




Tips #2. Kesihatan vagina
Menjaga kesihatan dan kebersihan kawasan vagina di mana pertumbuhan mikroflora baik amat penting untuk menurunkan risiko jangkitan kuman.Ini kerana kadang-kala jangkitan kuman boleh menyebabkan air ketuban bocor atau pecah sebelum bermulanya proses pelahiran.
Jangkitan kuman boleh menyebabkan masalah kepada bayi selepas dilahirkan.
Tips #3. Tolak sebarang pemeriksaan vagina
Pemeriksaan vagina tidak perlu sekiranya ibu tiada apa-apa masalah yang serius. Peralatan yang digunakan boleh menyebabkan kuman atau bakteria dari luar dipindahkan ke dalam vagina dan ini juga boleh menyebabkan jangkitan.

Tips #4. Kurangkan pendedahan terhadap persekitaran luar
Jika ibu selalu berada di kawasan yang kotor, ramai orang, lebih mudah kuman menjangkiti ibu. Elakkan kawasan yang bahaya seperti hospital, bilik pemeriksaan doktor, dan pastikan ibu tidak memegang faraj dengan tangan yang tidak bersih.

Tips #5. Pengawasan yang teliti dan proaktif
Untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, ibu mesti prihatin dengan tanda berikut:
  • suhu badan yang tetap setiap jam
  • pergerakan bayi-sama ada bayi bergerak atau tidak dan teliti trend pergerakannya
  • adakah uterus sakit jika disentuh
  • adakah denyutan nadi meningkat
  • simptom selsema

Jika tanda-tanda ini dikesan, segeralah ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Tips #6. Berinteraksi dengan bayi dalam kandungan
Bercakap dengan bayi, merasa tenang dengannya akan meningkatkan hormon oksitosin yang bagus untuk mengurangkan stress. Stress boleh menjadi penyebab kepada kebocoran air ketuban terlalu awal.
Nikmatilah saat-saat bersama bayi dan sentiasa fikirkan yang baik-baik sahaja sepanjang kehamilan ini.
Ibu sebenarnya ada pilihan untuk menjadi sihat sepanjang kehamilan, melahirkan bayi yang sihat, serta melalui proses mengandung dan melahirkan yang tenang, mudah lagi menyeronokkan.


saya doakan ibu-ibu yang sedang hamil bertenang, jangan ambil mudah dan ambil sikap prihatin pada keperluan si comel anda..apa saje untukmu sayang..setuju x?

Boleh klik link..

>>>Makanan pelengkap nutrisi ibu hamil yang mama amalkan 
>>>Keperluan Asid Folic untuk ibu hamil..kenapa penting erkkk? 

HUBUNGI MAMA : Nik Anna Othman
                            013-5265534 

***************************************************

feel free to like & share
kebaikan untuk dikongsi bersama
 

Tuesday, August 4, 2015

6 Tips Amalan Ibu Hamil Lahirkan Bayi tak Meragam Dan Mudah dijaga

Anak yang baik, soleh, solehah dan tak banyak ragam sejak bayi adalah impian semua bakal ibu dan ayah. Tapi ramai yang tak sedar, proses melahirkan anak yang baik dari segi tingkahlaku bermula sejak dari awal lagi iaitu sejak bayi berada dalam kandungan.

Banyak perkara yang ibu perlu tahu dan amalkan serta jauhkan sepanjang kehamilan. Sebab sedikit sebanyak apa yang ibu makan, apa yang ibu pakai, apa yang ibu rasa, semuanya akan di rasai oleh janin dalam kandungan..setuju?..haa..angkat tangan..=.=





Maka biasakanlah bayi dengan perkara-perkara baik agar mudah menjaga dan mendidiknya selepas lahir nanti.

Di bawah ni saya senaraikan perkara yang mesti ibu lakukan sepanjang kehamilan supaya nanti bayi yang lahir tak banyak meragam, tak menangis, dan ibu mudah menjaganya.

Tips #1. Ibu mesti sentiasa ceria dan positif selalu, tidak merungut atau marah-marah.
Tips #2. Tidak bergaduh atau bermasam muka dengan suami. Redha dengan suami dan mohon keredhaan suami.
Tips #3. Makan makanan yang baik lagi halal. Elakkan makan makanan yang ada perisa, pewarna tambahan. Sebaiknya masak sendiri di rumah dan elakkan air tangan orang yang tidak solat.
Tips #4. Sentiasa menunaikan amalan fardhu dan tambah dengan amalan sunat.

Tips #5. Banyakkan membaca Al-Quran dan berzikir. Antara surah yang mesti di amalkan ialah:
  • Surah Al-Fatihah
  • Surah Yusuf
  • Surah Maryam
  • Surah Yaasin
  • Surah Luqman
  • Surah At-Taubah
  • Surah Al-Hujurat
  • Surah An-Nahl ayat 78

Tips #6. Sentiasa bercakap dengan bayi dalam kandungan agar dia keluar nanti menjadi anak yg soleh dan berakhlak mulia





Tips ni bukan hanya saja untuk si isteri, malah suami lebih lagi. Jaga perasaan dan emosi ibu hamil agar isteri tidak berdendam atau menghadapi sebarang tekanan perasaan dan kemurungan.
Ibu mengandung yang akrab hubungannya dengan Tuhan, insyaAllah akan dipermudahkan urusannya menjaga dan mendidik permata syurga...


*************************************
feel free to like & share
kebaikan untuk dikongsi bersama!



Hubungi mama : Nik Anna Othman  
                          013 - 5265534 

9 Khasiat Minyak Ikan Omega 3 Untuk Ibu Hamil..kenapa kena ambil?

Tahniah ibu hamil/ibu mengandung yang tersinggah kat blog saya ni...alahai rindu lak masa bawa perut dulu2..**pengalaman mama mengandung dua kali dulu sangat-sangat manis..so, ibu-ibu yang tengah hamil sekarang..please enjoy the moments..

nak tahu apa khasiatnye untuk ibu-ibu semua termasuk bayi comel anda...sila la baca habis entry ni ye..sebab apa yang anda buat..anda dapat..anda makan..turut si comel makan..=.=

Sebenarnya kalau kita baca jurnal atau laporan saintifik, omega 3 ni memang amat bagus di ambil ketika hamil. Cuma ia bukanlah sesuatu yang diwajibkan memandangkan omega 3 ni agak mahal kos penyediaannya, tak macam vitamin lain tu boleh bagi free free je kat klinik kan?



Ibu boleh tengok contoh laporan saintifik ini. (Klik link)

So hari ni saya nak bawa ibu pergi lebih jauh untuk mengetahui dan mengenali khasiat omega 3 terutama untuk kita kaum ibu yang sedang hamil ni kan.

Ada dua jenis minyak ikan beromega 3.

1. Minyak ikan bersumberkan daging ikan tu sendiri (flesh fish), SELAMAT di ambil oleh ibu hamil

2. Minyak ikan bersumberkan hati ikan (cod liver oil), TIDAK SELAMAT di ambil oleh ibu hamil.

Ada perbezaan ketara disitu yang mana omega 3 daripada sumber hati ikan (cod liver oil) mengandungi aras retinol daripada vitamin A yang sangat tinggi yang tidak baik untuk bayi dalam kandungan.

Apa itu Omega 3?

Omega 3 ialah asid lemak ialah rantaian panjang asid lemak poli-taktepu yang amat penting untuk perkembangan, pertumbuhan dan kesihatan keseluruhan. Malangnya asid lemak Omega 3 ni tidak disintesis oleh badan manusia, oleh itu kita perlu dapatkan daripada pemakanan.

Walaubagaimanapun, diet dan pemakanan kita seharian amat kurang kandungan omega 3. Sebab itulah kita mesti dapatkan daripada suplemen.








 

Kenapa Omega 3 penting untuk ibu hamil?

Ada banyak kajian menunjukkan ibu hamil yang mengamalkan pengambilan minyak ikan mempunyai risiko komplikasi dan masalah kesihatan yang rendah, malah bayi juga sihat dari segi mental dan jasmani.

Antara kebaikan minyak ikan kepada ibu hamil ialah:

Khasiat #1. Membantu perkembangan neurologi dan visual bayi sejak dalam kandungan iaitu untuk pembentukan sistem saraf pusat seperti otak, dan penglihatan yang baik.

Khasiat #2. EPA menyokong perkembangan jantung yang sihat, sistem imun dan tindakbalas elergi.

Khasiat #3. DHA menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat

Khasiat #4. Mengatur fungsi fisiologi seperti tekanan darah yang sihat, pembekuan darah, transmisi saraf dan respons alergik.

Khasiat #5. Menghasilkan susu ibu, di mana beberapa peratus DHA ditemui dalam komponen susu ibu. Akibat pengambilan DHA oleh bayi, maka ibu harus menggantikan omega 3 yang hilang.

Khasiat #6. Kajian menunjukkan ibu yang mengamalkan omega 3 semasa mengandung mempunyai bayi yang kurang bermasalah alergik termasuk eczema dan asthma yang semakin banyak berlaku sekarang.

Khasiat #7. Pengambilan EPA dan DHA yang mencukupi semasa hamil dapat mengurangkan risiko daripada terjadinya bersalin awal atau kelahiran pra-matang, preeclampsia dan berat bayi yang terlalu rendah.

Khasiat #8. Mengurangkan risiko depresi atau tekanan dan kemurungan selepas bersalin (postpartum mood disorders) atau meroyan.

Khasiat #9. Mengurangkan kejadian edema atau bengkak kaki yang sering terjadi kepada ibu hamil

Sumber terbaik omega 3 ialah ikan dari lautan sejuk seperti salmon, hering, tuna, mackerel.

Pengambilan suplemen yang tulen dan selamat adalah penting untuk mengelakkan daripada keracunan logam berat seperti merkuri dan plumbum. Oleh itu wajib ibu mendapatkan suplemen minyak ikan yang berkualiti tinggi tanpa sebarang risiko keracunan toksin.



minyak ikan pilihan mama..memang terbaik..

KLIK LINK 



ibu-ibu yang sangat prihatin tu..sila lah utamakan keperluan bayi comel anda..nak kurang eczema, astma atau penyakit kulit..sila la consume minyak ikan..


dapatkan minyak ikan terbaik.. 
hubungi : nik anna 013-5265534


Klik link ni juga..


>>>Khasiat omega untuk ibu hamil 
>>>cara makan omega guard ketika hamil..penting tahu!!!!!!
>>> Omega guard umpama farmasi di rumah anda




feel free to like & share..
kebaikan untuk dikongsi bersama!




Monday, July 27, 2015

Air Ketuban Bocor! Apa Nak Buat?

Saya pasti ada di kalangan ibu-ibu yang pernah mengalami pengalaman air ketuban bocor..Air ketuban yang pecah apabila beg membran yang dipenuhi dengan cecair amnion yang melindungi bayi anda dalam uterus (rahim) koyak. Cecair ini kemudiannya meleleh keluar melalui serviks dan faraj anda.


Sebenarnya bahaya tak ye air ketuban bocor ni? Perlu tunggu sakit dulu atau perlu terus ke hospital? Macam-macam persoalanlah agaknya yang timbul di kepala. Saya sendiri tak pernah ada pengalaman air ketuban bocor..=.=.


Kedua-dua anak saya dilahirkan selepas doktor yang pecahkan air ketuban tu..pengalaman saya dulu, selepas 5 minit air ketuban dipecahkan...kontraksi makin kuat dan 'jalan' cepat terbuka..

So hari ni saya nak kongsi dengan ibu-ibu sedikit pengetahuan, manalah tahu berguna disaat-saat kecemasan dan memerlukan, kan.

Apa itu air ketuban?

Air ketuban ialah cecair amniotic yang wujud di dalam kantung (amniotic membrane) yang menempatkan fetus dalam kandungan.

Air ketuban ni fungsinya ialah untuk perlindungan bayi, tempat dia tidur, main, berguling, membuang serta mengelakkan gegaran. Kiranya macam kusyen untuk baby. Jadi baby tak akan sakit kalau ibu naik motor melompat bonggol sekali pun.


Bagaimana air ketuban boleh pecah atau bocor?

Ada dua keadaan:

1. Secara spontan (spontaneous rupture membrane) dengan sendirinya;

2. Dipecahkan oleh doktor atau bidan semasa proses hendak bersalin

Selalunya, apabila air ketuban dah pecah, rasa sakit nak bersalin atau kontraksi semakin kuat. Keadaan ini adalah normal dan selalu berlaku di kebanyakan kelahiran.


Air ketuban bocor secara spontan sebelum tiba masanya?

Seperti kes diatas, apabila tempoh sebenar bersalin masih lambat (sebelum minggu 37) tetapi air ketuban sudah mula bocor sedikit demi sedikit, ada beberapa perkara yang ibu harus tahu.

1. Apabila kandungan semakin besar dan menghampiri due date, rahim akan menekan pundi kencing. Braxton Hicks yang sedikit kuat boleh menyebabkan ibu terkencing. Keadaan ini boleh juga di salah erti sebagai air ketuban bocor.

2. Jika ibu benar-benar pasti bahawa yang keluar itu ialah air ketuban (warna agak jernih), bukan air kencing atau lendiran faraj yang biasa, maka ibu perlu buat perkara berikut:

  • Pakai pad atau tuala
  • Tidak memasukkan sesuatu ke dalam vagina
  • Segera ke hospital untuk pemeriksaan. Bawa sekali peralatan peribadi yang perlu kerana ada kemungkinan ibu akan di tahan di wad.
Doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound untuk memastikan keadaan fizikal bayi.


Risiko jangkitan kuman
Apabila ibu merasa air ketuban bocor, sama ada sedikit atau banyak, jangan bertangguh untuk terus ke hospital. Semakin lama ibu menunggu, semakin tinggi risiko jangkitan kuman akan berlaku. Ini bukan saja beri kesan pada bayi, malah turut membahayakan nyawa ibu.
Jika kandungan ibu belum menghampiri usia 37 minggu, dan setelah doktor mengesahkan bayi selamat, ibu boleh pulang dan buat pemeriksaan susulan.
Tetapi jika kandungan ibu sudah menghampiri usia 37 minggu, selalunya doktor akan menunggu sehingga 12 jam untuk melihat tanda-tanda bersalin sudah bermula. Jika tidak, doktor akan memberi suntikan epidural untuk mempercepatkan proses kelahiran.
Apapun, ibu perlu prihatin dengan setiap perubahan kerana ada juga ibu yang tak sedar air ketuban telah bocor dan ini sangat membahayakan bayi.Ibu pun jangan stress, saya percaya doktor mahukan yang terbaik sahaja untuk ibu. Ikut saja nasihat doktor.


******************************************************************************

Set hamil, berpantang..hubungi : Nik Anna Othman 
                                                   013-5265534

 Feel free to like & share!
kebaikan untuk dikongsi bersama


Sunday, July 26, 2015

10 Tips Sembuhkan Luka Bersalin Dengan Cepat Untuk Elak Jahitan Terbuka

Kalau sebut bab bersalin ni, yang paling fobia lagi mengerikan ialah tang jahit-jahit ni. Bila ingat terus rasa tak berani nak mengandung. Kan?..hahaa..selalunya lepas jahit pun masih seriau lagi sebab nak jaga pun satu hal.

Mana taknya, ngilu je rasa mengingatkan doktor atau selalunya misi lah yang jahit tanpa sebarang bius. Hidup-hidup. Menggeletik la kita ni menahan. Kalau dapat misi yang kasar-kasar, yang mulut takde insurans tu, ai dekat ajer kaki tu dengan muka. huhu..



Tapi, alhamdulillah, setakat beranakkan dua orang ni, sakit macam mana pun tak pernah lagi mama terajang misi. Dia membebel apa pun, buat pekak aje la...anak ke dua hari tu 1 jam jugak jahit...katenya kulit mama jenis 'fragile'..ALLAH..ingat barang je fragile..ngeri..ku tahan jua..

dan nurse dengan doktor pelatih siap belajar cara menjahit lagi..wadududuuu..sabor je la..T_T..

Dah balik kang satu hal pula.. ibu tak boleh lasak sangat. Nanti kang terbuka jahit, ko mengadapla misi tu semula..kisah sepupu saya, katanye mengurut 1 minggu dalam pantang...sah-sah jahitan belum kering lagi..dahtu si ibunya terasa jahitan terbuka..g klinik terus dijahit balik tanpa bius ye..hidup-hidup..ngeri..=.=

kisah mama lak, pengalaman anak ke 2..ahmad iman kena jaundise hampir 40 hari..kisahnya di sini..KLIK LINK..buat mama ngeri nak bersalin sebab bayangkan lah umur ahmad iman 6 hari, mama melangkah naik ambulance nak g wad..jahitan x kering dah g jalan sne sni (sbb jaundise ni lah)..rase x pantang pun ada mama ni..nak makan ape ubat, vitamin dicegah misi yang datang rumah sebab takut kuning makin tinggi..T_T

sudahnya..luka lambat kering sebab vitamin cepatkan sembuh luka x berani nak ambik..kuning pun berpanjangan..dugaan kan..lain-lain anak, lain-lain ujian


Jadi, untuk ibu-ibu yang bakal bersalin tak lama lagi, siap sedialah dengan apa yang patut supaya nanti luka jahitan cantik serta cepat sembuh.

Lazimnya luka akan sembuh dalam tempoh dua minggu lepas bersalin. Cepat atau lambat sangat bergantung kepada apa yang ibu-ibu buat dan makan.

Tips #1. Sebelum bersalin, iaitu dalam trimester ketiga.

Buat senaman Kegel (kemutan otot seperti menahan kencing) dan lakukan urutan perineum. Ini untuk  melatih dan menguatkan otot di bahagian tersebut untuk menghadapi tekanan dan regangan semasa proses melahirkan kelak.

Tips #2. Senaman Kegel selepas bersalin

Teruskan dengan senaman Kegel selepas bersalin. Ini dapat membantu meransang peredaran darah dan mempercepatkan penyembuhan luka. Ia juga dapat membantu menurunkan risiko kencing tak lawas, dan meningkatkan kembali daya seksual.

Tips #3. Guna ubat luka yang dibekalkan

Doktor akan bekalkan ubat luka yang berwarna kuning. Sama ada letakkan ubat tu pada pad, atau minta suami tuangkan pada luka.

Tips #4. Jangan lasak dan banyak bergerak

Jaga cara duduk, jangan sampai terasa sakit. Bangun atau duduk dengan perlahan-lahan kerana sebarang pergerakan yang kuat akan menekan otot di bahagian vagina. Silap haribulan boleh terbetas jahitan tu.

Tips #5. Cara kencing yang betul

Kadangkala terasa sakit semasa kencing. Beradalah dalam posisi yang kita sendiri rasa selesa. Jika luka terasa sakit, jirus air suam pada vulva semasa kencing.

Keringkan vagina dengan tuala atau tisu. Memadai dengan menekap-nekap secara perlahan.

Tips #6. Elakkan sembelit

Sembelit yang teruk boleh sebabkan jahitan terbuka. Oleh itu jaga pemakanan, cukupkan pengambilan air kosong dan serat. Ibu boleh cuba pil kalsium seperti Ostematrix untuk meransang pergerakan usus yang sihat dan lancar.

Tips #7. Jangan sentuh dengan tangan

Tak perlu nak rasa-rasa, pegang-pegang dengan tangan. Biarkan luka sembuh dengan sendirinya. Sama ada tangan yang kotor, atau kawasan vagina yang tidak bersih, kedua-duanya pun tidak sesuai untuk di buat main. Kita tak nak kuman di pindahkan antara satu sama lain pula.

Tips #8. Jaga kebersihan vagina

Kerap tukar pad jika terlalu banyak darah, sentiasa pastikan vagina bersih untuk elakkan sebarang jangkitan kuman. Nanti satu hal pula nak ke hospital semula nak cuci kuman. Basuhlah dengan air suam selalu.

Tips #9. Cukupkan keperluan nutrisi

Badan kita akan selalu sakit-sakit, dan luka pun lambat sembuh kalau kita tak dapat cukup nutrisi. Nutrisi tu ialah protein, karbohidrat, vitamin, lemak, garam dan mineral. Selalunya orang bersalin yang kekurangan nutrisi akan rasa penat, tertekan, murung dan sakit-sakit badan.

Untuk mempercepatkan baik pulih luka, boleh ambil Zink dan Vitamin C. Kedua-dua ni sangat membantu untuk luka cepat sembuh, mencegah jangkitan, dan memperbaiki tisu-tisu kulit yang rosak dan cedera.

Tips #10. Kurangkan tekanan

Ibu berpantang jangan stress stress. Mesti happy dan ceria selalu barulah luka cepat baik.

Jadi, kepada ibu-ibu yang tak lama lagi nak bersalin, dah boleh mula cara nombor 1. Kemudian ikut cara yang saya dah bagi ni.

Saya doakan ibu-ibu semua dipermudahkan urusan bersalin nanti, sentiasa sihat walafiat dan luka pun sembuh dengan begitu cepat sekali. Amiin insyaAllah.


feel free to like & share!
kebaikan untuk dikongsi bersama