Monday, September 29, 2014

Pagi yang panjang di KLINIK BALQIS KOTA BHARU, Kelantan

sebenarnya nak cerita kisah ni lama dah..

masa raya puasa hari tu..x tahu la kulit SAFRINA sensitif....sebelum2 tu memang kena gigit nyamuk, semut..comfirm tinggal parut..parut hitam lak..

habis x comey my anak dara..sampai loni parut masih ada..jadi AWAS kalau nak pakaikan dia skrit pendek ke ape..memang nampak jelas kesan parut tu..alahaii anak mama ni..

so, yang part raya tu sebab kat sekeliling leher dia naik ruam2 yang dalam kategori teruk..kemerahan..one day mase dia tido..garu-garu sampai kuar darah bagai..

boleh imaging x, tuan badan sedap tidur sambil garu-garu tapi..baju dah habis darah dia..kesian sungguh..

lepas raya nak jumpe doktor pakar kulit..Dr. Balqis..ye la orang cerita doktor ni sangat bagus dalam merawat kulit..

budak comel mama ada kulit sensitif..huhuu
Sabtu yang cerah..so, bersiap awal la kami laki bini..sementa la diketahui ramaaai amat orang di klinik kalau lambat jenuh la menunggu..

jam waktu kul9pagi..alhamdulilah..jalan x sibuk mana n parking kereta pun senang...

rupanya ramaii betul orang even klinik baru dibuka 1/2jam yang lalu..bayangkan masa kami sampai dapat nombor 26 pada jam 9 pagi..ayooo..

kalau tidak silap tepat kul 11.30pagi camtu nombor giliran habis pada sesi pagi..kalau ada yang datang lepas tu boleh terus ambik nombor tapi untuk sesi tgh hari..

wow..dahsyat x?..

ada jugak yang mak ayah pulangkan balik nombor giliran sebab anak-anak x leh nak duduk diam sebab lama menunggu..alih2 pulangkan nombor giliran, ambik balik kad terus balik..

pada hari yang aku pergi tu..siap artis popular datang klinik ni...mulanya x cam..tapi yang paling ketara part yang dia pakai cermin mata hitam dalam klinik..
biaq betoi kn pakai spek dalam bangunan..rupa2nya akak ZIANA ZAIN..

macam x percaya..tapi kenapa lak dia dapat masuk dulu..ohh..sebab dia artis kot x pon sebab memang dia dh booked awal..xpe la..aku tidok la nak mengambik gambaq nye..tengok je la..

ada jugak pesakit yang katanya datang belum klinik bukak lagi..dapat nombor 7..kalau kami yang datang 1/2jam lepas klinik bukak memang x pelik dapat nombor 26..huk..huk..

akhirnya sampai lah jua giliran kami.. hampir 3jam menunggu..punya la lama..Safrina habis cara pujuk semua x makan saman..sebab kepuasan..ketahui lah my baby ada penyakit kulit eczema..

alahaii anak mama...sian pon ada..

FAKTA SKET PASAL ECZEMA : Eczema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.


Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).


Penyebab sebenar eczema tidak diketahui tetapi ia dikaitkan dengan tindakan overaktif (terlampau) sistem imuniti badan kepada sebarang benda/keadaan yang menyebabkan eczema atau kulit gatal, seperti bersentuh dengan kain yang kasar yang menyebabkan kulit gatal, persekitaran yang terlalu panas atau terlalu sejuk, terdedah kepada beberapa produk kegunaan di rumah (i.e. sesetengah sabun membasuh kain atau pembersih rumah lain yang mengandungi bahan kimia yang kuat).

Walaupun masalah eczema ini tidak boleh dipulihkan sepenuhnya, tetapi ia boleh dikawal dengan rawatan dan ubat, rawatan herba, elakkan daripada kulit menjadi terlalu kering dengan memakai krim pelembab kulit serta jauhkan daripada bahan-bahan yang boleh menyebabkan kulit gatal. Jangan risau, eczema tidak berjangkit kepada orang lain, tidak seperti penyakit kulit lain yang disebabkan oleh bakteria atau fungus (i.e. kurap, panau).

Pakar dermatologi menyarankan individu yang mudah menghidap ekzema, supaya melindungi kulit mereka daripada terdedah kepada faktor penyebab penyakit itu dengan menggunakan pelembap yang sesuai.

Panduan pengurusan Eczema :
  • Elakkan mandi terlalu lama.
  • Jangan mandi air panas atau agak suam.
  • Gunakan sabun yang lembut, mempunyai kelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.
  • Elakkan tersentuh sabun, minyak wangi, serbuk pencuci, barang perhiasan dan persekitaran yang boleh menyebabkan ekzema.
  • Memakai baju longgar dan diperbuat dari kapas.
  • Elakkan makanan yang menjadi alahan seperti susu lembu, telur dan kekacang.
  • Mempertahankan suhu sejuk di kawasan bilik tidur kerana panas boleh menyebabkan berpeluh yang memburukkan keadaan gatal
  • Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas daripada habuk dan kotoran. 
  • Pastikan kuku sentiasa pendek agar tidak menggaru dan seterusnya memudaratkan lagi eczema.

lepas ni memang nak kena jaga betul2 kulit Safrina..kata doktor tu.kalau x jaga dalam masa 2 tahun ni penyakit ini x akan hilang sampai bila-bila..kalau berjaga, penyakit kulit akan lenyap sampai bila-bila..

nak mandi kena pakai sabun khas, nak sapu krim setiap masa..xpe, Safrina..mama x keje..mama sanggup buat apa sahaj untuk awak sayang..


selepas 3 hari guna ubat klinik..terus hilang ruam-ruam kat leher..sangat2 mujarab tapi nasihat doktor kena beringat sokmo..beware! sebab bila2 masa je datang balik..so ibu-ibu yang ada masalah penyakit kulit terutama anak-anak kecil patut pergi menerima rawatan di klinik Balqis walaupon padaku menunggu lama tapi agak berbaloi..

sekarang pon guna ubat klinik dan sapu krim herbal blend Shaklee..sangat2 ok..

moga SAFRINA MAMA cepat sembuh..

your love,
mama