Saturday, June 7, 2014

Jenis-jenis Jerawat Serta Perbezaan Jerawat dan Resdung

holla..saya buat kan entry khas..

wow..memandangkan entry saya yang paling ramai pelawat tentang nak RAWAT JERAWAT.. di sini

seriusly sangat sakit hati kan..bila jerawat tanpa segan silu hinggap di pipi dan mana2 tempat yang dia suka..maaf kan saya..ayat metafora x berapa best...bukan apa sekadar nak gambarkan jerawat mmg kita x suka..lagi la cuaca sekarang panas...senang je jerawat nak tumbuh..

saya terjumpa dan kongsikan entry dari Doktor Kulit..nasihat Pakar

kekadang nak rawat apa sahaja masalah jerawat..offcoss kena tahu jenisnya..punca nya..

cekidut~

sumber
 
Oleh itu mari kita kenali jenis-jenis jerawat yang boleh dihidapi oleh golongan penghidap jerawat:

 


1. Acne Vulgaris (Jerawat Biasa)
  • Whiteheads - belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.
  • Blackheads - belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di manabahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaanudara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.
  • Papules - radang yang berlaku dalam liang dan kawasan sekeliling akibat jangkitan awal kuman.
  • Pustules - radang yang berlaku akibat jangkitan kuman berterusan serta mengeluarkan nanah akibat dari jangkitan kuman tersebut.
2. Acne Vulgaris (Jerawat Serius)
  • Nodul - bonjolan jerawat yang lebih besar dari jerawat biasa dan biasanya sakit jika dipegang dan tidak hilang dalam masa yang singkat. Kebiasaannya akan menyebabkan parut di muka atau berulang membentuk jerawat nodul atau pun jerawat batu.
  • Sista (cyst) - timbul akibat percantuman nodul-nodul yang berdekatan lalu menjadikan satu cyst yang besar. Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan steroid bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.
3. Acne Rosacea (Jerawat Kronik)
Rosacea sering dianggap sebagai salah satu jenis jerawat tapi sebenarnya tidak dan cara merawatnya juga tidak sama seperti merawat jerawat. Ia tidak mempunyai blackhead dan hanya merupakan benjolan merah yang bernanah. Kebarangkalian untuk menghidapi penyakit ini adalah wanita-wanita yang berusia 25 tahun keatas sahaja.

4. Pyodermafaciale folliculitis
Sejenis penyakit kulit yang sering disalah anggap sebagai sejenis jerawat namun ianya hanyalah penyakit kulit yang berlaku akibat jangkitan bakteria pada kulit muka. Rawatannya juga tidak sama dengan rawatan bagi masalah jerawat. Kebanyakkan orang juga sering menganggap bahawa penyakit jerawat adalah berpunca daripada resdung. Sekali lagi saya katakan bahawa ianya tidak benar. Apa yang membezakan jerawat dengan resdung adalah:

Jerawat (Acne):
  • Sejenis penyakit kulit yang kronik.
  • Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran.
  • Terjadi di dalam lapisan kulit.
  • Boleh tumbuh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.
  • Tidak berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi secara turun-temurun.
Resdung (Sinusitis)
  • Radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung
  • Berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca
  • Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata
  • Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata yang teramat sangat.
  • Tidak boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi secara turun-temurun.
  • Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang lain.
Saya harap dengan penjelasan ini anda sudah boleh memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan masalah jerawat dan sekaligus membezakannya dengan penyakit resdung