Sunday, June 17, 2012

bermula satu PERJALANAN HIDUP yang baru..

Malam2 aku sendiri…tanpa cintamu n belaianmu..incik suami..=(.

Hari ni genap 1 minggu perkahwinan jarak jauh(PJJ) kami….perasaan dh semakin ok, x mcm mula2 kena tinggal dlu....mungkin dh ok sket, sbb aku dr dlu lg dh mindset dlm otak aku ni..lps khwn ni mesti duk jauh..perkara pertama yg perlu dbuat mcm yg aku buat skrg ni utk mn2 pasangan yg duk jauh mcm aku ni…ialah REDHA…key point yg utama..

Mse mula2 dtg opis..de ofismate tnya..”apa beza sblm n slps kwen nik”?

Oppss…emmm..

sbnrnye bg aku yg mmg dh status puan kepada en Azinuddin ni dengan selamba je aku jwp..xde beza sgtt..sbb nk g mn2 skrg ni aku mmg drivediri sen n alone sesorng…=(. .hu3...xde nk harap incik suami bwk aku g sne sni...sme mse bujang dlu jerk!


REDHA~ 

Perjalanan hidup aku yg bru sebagai seorang isteri kepada seorang lelaki yg mencari rezeki nun jauh di sne…kdg2 terkilan jugak xleh nk laksanakn tanggungjwb sebagai seorg isteri..ye la, makan minum, pakai semua tu nk kena jaga.sian kt incik suami..for sure..dia pon sama cam aku...kehidupan slps khwn same je la..mcm bujang je..=p..


lepas rindu..tgk pic wedding..ok wut..=.=


lama2 nnt dh biasa, mesti ok kn..cepat2 la kamu bertukar ke semenanjung...amin..kawan2 tolong doakan sekali..tq3


Tunggu cuti panjang bulan 11 ni, bru g honeymoon…hoorayy~

Thursday, June 14, 2012

TIPS bina keluarga bahagia...=)

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

12. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri.

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.



insyaALLAH..bie..kita bina keluarga bahagia..amin...

JAUH tapi DEKAT di HATI..

Entry ni di taip dengan perasaan yang sangat sedih, sayu n bercampur2...=(

only 2 weeks bersama suami...hbh cuti sekolah...dia pon turut hbh cuti..

.mse kawan2 dlu, duk jauh xpe..x jumpe pon xpe..kdg2 x kisah...
dolu2, mse bercinta org tnye "boleh ke berjauhan after nikah ni,nape x ikut sekali g sne"..

mse tu : proud to say "ala. kawan 6thn duk jauh, biasa je..rileks je.."..

tapi sekarang ni, mmg terasa sgt sunyi...upenye bila dh ada ikatan yang sah ni...bila berjauhan ni, hati jadi gundah gulana je..lagi la incik suami duk jauh seberang laut sabah..ape boleh buat..=.=

rezeki d sne....


pic outdoor....i miss u so much bantal bucuk cyg bie!


jauh tapi dekat d hati...klo d beri peluang n pilihan..mn2 pasangan suami isteri xnk duduk jauh kn....


nsb baik, line telefon ada...pelagi..borak la 24jam..kuang3...hahaha..


mood : masih terasa pengantin baru...wiiihaa~

jumpe suami raya nnt plops...masih pengantin baru kan...lalalala..*uish lmbtnye mse!

Wednesday, June 13, 2012

PERASAAN tika ini INDAH & BAHAGIA...

alhamdulilah...RED WARRIOR bebeh...!..=)
hmmmm...sy bahagia dengan Dia even skrg dia jauh nun d sana...redha`..mencari rezeki..

KHAS buat tatapan follower,silents reader...lalala..TENKIU for ur support..

pic ni pic sanding..31hb Mei 2012....
OP : Noorhisham Samat..

HARI-HARI BAHAGIA...=)

hari ni bru msk opis balik..
meneruskan sisa-sisa hidup sebagai hamba ALLAH di muka bumi ni..
jadi kuli/pekerja seperti biasa...

w/pon company ni agak2 nk down..gaji asyik tertunggak je..tapi aku TETAP berpura2 berjiwa kental meneruskan karier aku ni..Alhamdulilah...syukur..JIWA tu masih ada!

hari ni rse nk taip satu2  kisah cete kawen aku..alhamdulilah3...everything selamat dan berjalan lancar majlis raja sehari....=))..kita go step by step..


 show time...
our previous moments..


AKAD NIKAH..30HB MEI 2012...




malam akad nikah..mcm x percaya dh jadi bini org..alhamdulilah...syukur YA ALLAH..


sebelum majlis, DUGAAN yang terpaksa aku lalui layan kerenah tuttt~..*SAKIT hati weh bila ingat balik..xnk share n luah perasaan di sni...<___________>...secret*




ok2..tinggal dlu..cete emo itu....





Malam 30hb mei 2012, selamat bergelar isteri kepada lelaki yang bernama AZINUDDIN BIN AWANG...lelaki yg telah bertakhta 6thn dlm hatiku..mcm2 dugaan yang telah kita lalui kn bie......`


Suami ku AZINUDDIN BIN AWANG..time kaseh bie!


 sekarang ni..after cuti sekolah..my hubby g SABAH...aku still di kelantan...memang PJJ la kita..=(..


sgt2 terasa bila suami berjauhan ni...kena buat2 BUSY bru la x piki sgt kn..
kena cri tips erat kasih sayang ni even duk jauh..yes..en google..help me!




MALAM nikah tu, agak lewat sket bermula...slps isyak..di rumah...after solat hajat utk rumah baru..tunggu rombongan pihak lelaki...mujur semua berjalan lancar..BERDEBAR2 tgk suami...oopsss..


INDAH nye perasaan ini..Alhamdulilah YA ALLAH...
 


Wednesday, May 9, 2012

1 MEI 2012..hr buruh ke 2 utk AKU..

alhamdulilah...

masih bergelar orang suruhan pekerja untuk sekian kali..tahniah untuk diri sendiri..
tahun ni x berapa bes nk feeling hr pekerja..ye la..bekerja dengan company korupp..apa lah sgt nk di harapkan..aiseh...

tapi aku mmg enjoy cuti hr pekerja tu...sbb incik tunang balik dr Sabah...wow..
tenkiu bie!

balik sekejap tapi bermakna..ye la..x kurang dr 30 hari lg..kami bakal jd suami isteri kn..lalala..*tergedik plops..oopsss..=p


kerja aku sebagai pekerja tanpa majikan..umpama digantung tanpa gaji tali...huhuuu

k la...stop d situ..malas nk tulis panjang lebar cete psl company ni..tiba masa..aku akan resign..pasti!

ok..mse2 genting perlu di isi dengan aktiviti dengan berfaedah...paling sedih mase hantar dia ke airport..hu3..klo mse lps khwn nnt, cmne ye??lg sedih kot..emm..x nk piki sgt lah..


ok..mse yg ada ni, terpaksa ambik pic baru tuk banting (sbb pic yg sedia ada, x ckup gig)..beli barang hantaran, fitting bj sanding dan lain2..alhamdulilah..everthg dh settle..tunggu mjlis je nnt..


saya n kamoo...doa kan semua selamat n lancar..aminn..



doakan everthing selamat..n berjalan lancar..skrg ni hujan je KB..opss..harap cuaca ok mse hr mjlis..


p/s: moga cintaku, cintanya bersatu berlandaskan cintaMU..amin..












Wednesday, May 2, 2012

BRIDE TO BE : Kad Kahwin Express tetap Segar & Indah..

Salam follower, silent readers..ada lagi ke yg baca coretan cerita d sni??
opss..xde yg kesahh..okeyy..alamak hr ni dh 2 mei..kejap plop mse berlalu..


sempat ke x ni..ala...(dlm hati)..: bila sampai tarikhnye, mesti jadi..yo dokk?...*think positive betul la...jgn nnt kelam kabuttt sbb semua last minutenye keje...adehh!

ok2...nk share sket...di entry before ni  aku cete psl kad kahwn yg ditempah x siap2..sampai gaduh2 sbb nk mintak kedai tu pulangkn balik deposit...hahah..



ganas x bakal pengantin..=p...tp alhamdulilah..kad express yg abang aku tempah sudah siap..

syukur..dugaan pertama sudaa dilalui dengan redha...setiap dugaan pasti ada hikmah nya..amin..mudah2 mudahan..

merah  my thema color...=)

blue is the color..=)
aku cukup puas hati dengan kad ni..RINGKAS sudh semstinya...xthu nape.tp nk lebih 'ramah' lg jika aku gelar kad ni SEGARR..*aik mcm makan/bahan basah je pggl g2..hahaha..entah..sbb kad ni mmg ringkas..warna combined merah (belah pengantin perempuan)..biru (belah pengantin lelaki)...


sekarang mission nk kumpul address kawan2 yg sudi hadir kn diri..
n pos secepat mungkin...

majlis perkahwinan aku ni, akan dibuat bersama dgn naik rumah baru...next entry kite cete psl rumah baru okey...lalalala.. 




mana2 kawan blogger yg ada di kawasan Kota Bharu..meh meriahkan majlis sy...dengan sangat berbesar hati menjemput kalian semua...plz tinggalkan alamat di ruangan comment, or email sy okey...=)