Wednesday, January 6, 2016

DISIPLINKAN ANAK TANPA MENJERIT..anda Ibu Ayah yang Bijak!

Sejak Mama bergelar ibu anak dua ni..dan juga status perkahwinan Jarak Jauh (PJJ) ternyata menguji kesabaran seorang ibu yang membesarkan dua anak yang masih kecil, masih aktif..ALLAH tak akan menguji Hamba NYA jika diluar kemampuannya..tahun ni tahun 5 kami PJJ..T_T

Jangan kata mama x pernah menengking si Kakak Safrina..huhu..lagi-lagi adik iman sedang tidur..kakak boleh mengamuk nak berdukung lah ape..alahaii..sadis..mama rasa bersalah sangat menjerit macam tu..maafkan mama sayang..jom kita disiplinkan anak tanpa menjerit, menengking..mama-mama, ibu-ibu yang singgah kat blog mama ni..jom kita muhasabah diri..jangan sesekali menengking si anak kecil..yang memang tidak tahu apa-apa..ALLAH..

kenapa tak boleh menjerit kepada anak?..haa..meh..Mama kupaskan isu ini..moga-moga terselit disudut hati seorang insan yang bernama ibu untuk mendisiplinkan anak tanpa menjerit padanya..Anak-anak anugerah yang tidak ternilai..bukan itu sahaja, moga-moga ada doa dikirimkan untuk kita di alam kubur nanti..amenn..



 

Mengikut kajian, tidak ramai ibu bapa yang menggunakan bahasa lembut untuk mendisiplinkan anak. Kebanyakannya menggunakan jeritan, pekikan, diikuti sindiran dan ugutan.

Bahasa seperti ini banyak digunakan oleh ibu bapa kerana menganggap anak yang mendengar jeritan itu lebih berdisiplin dan mendengar arahan. Sedangkan hakikatnya mereka takut, dan menurut arahan dengan rasa terpaksa.

Menjerit, memekik, bahkan menengking bukan satu cara yang baik untuk mendisiplinkan anak. Banyak keburukan jika anak di layan seperti seorang askar ini sedangkan jiwa mereka masih lagi lembut, bersih dan suci malah dapat dibentuk dengan baik jika betul caranya.

Menjerit, selain membuat ibu bapa berasa tertekan, sakit dada, dan tekanan darah meningkat, anak-anak turut mendapat kesan psikologi yang tidak baik.

1. Anak berasa takut
2. Anak terpaksa buat pilihan 'lawan atau lari'
3. Mematikan pemikiran logik (logical thinking) anak di mana dia akan berhenti memproses maklumat

Ingat, anak akan meniru apa yang ibu bapa buat. Jika kita menjerit, anak belajar memekik dan menjerit. Jika kita memukul, anak juga belajar memukul, dan jika kita tenang, anak akan belajar untuk sentiasa bertenang.

Sudah tentu, adakala ibu bapa seakan hilang kesabaran dengan perangai anak-anak. Contohnya dengan anak yang tantrum akibat tidak dapat sesuatu yang dia inginkan, anak yang bergaduh dan berebut sesama adik beradik, anak yang bergaduh sewaktu kita sedang memandu dan sebagainya lagi.

Tarik nafas panjang, fikirkan jalan keluar yang rasional agar kita dapat menahan diri daripada menjerit dan memekik yang mana akan buat keadaan jadi lebih buruk. Berikut ada beberapa tips yang boleh ibu bapa lakukan.

Situasi 1: Anak tantrum/ mengamuk jika inginkan sesuatu


Jika kita layan kemahuan anak yang mengamuk pada kali pertama, dia fikir untuk mendapatkan sesuatu, dia mesti kena mengamuk dulu.

Jika dia tidak dapat apa yang dia mahukan, maka dia mula menjerit, menangis dan berguling. Sudahnya ibu atau bapa sama ada akan tunduk pada kemahuannya atau menengking meminta dia diam.

Apa yang ibu perlu lakukan ialah, diam dan bertenang. Jangan memujuk atau memberi sebarang reaksi. Perhatikan saja. Apabila dia sudah mula bertenang, peluk dan berikan dia beberapa pilihan.

Situasi 2: Anak bergaduh sewaktu kita sedang memandu

Anak yang memekik dan bergaduh dalam kereta tentu buat kita rasa tak tenang, hilang fokus dan nak menjerit sama. Keadaan ini sudah tentulah bahaya dan berisiko tinggi penyebab kemalangan.

Caranya, berhentikan kereta di tepi jalan dan bagitahu anak yang kita tidak akan kemana-mana jika mereka terus berperangai seperti itu. Kemudian ibu atau bapa duduk diam, baca buku, atau 'bersembang' dengan rakan di media sosial hingga anak-anak duduk bertenang.

Jika keadaan sudah pulih, beritahu mereka ibu/ayah sudah boleh memandu dengan tenang dan selamat.

Sebagai orang yang lebih dewasa, ibu dan ayah harus berfikiran rasional dan tidak terikut-ikut rentak anak yang suka menjerit. Ada banyak jalan keluar jika kita sentiasa bertenang dalam setiap keadaan.

Fitrah anak-anak memang adakala perangai mereka sukar diduga. Itulah ujian buat kita sebagai ibu bapa. Kita boleh bertegas, tetapi tidak sampai memekik atau menengking.

Ingatlah bahawa rumah yang di penuhi dengan pekikan dan jeritan akan hilang rahmatnya. Bukankah Rasulullah S.A.W juga tidak pernah meninggikan suara kepada anak kecil, bahkan bagindalah yang paling lembut dan baik sekali kepada ahli keluarganya.

 
 Kebaikan untuk dikongsikan bersama!

salam sayang,
mama Safrina dan Iman